Ibrahim Mahmud

Ustaz Ibrahim Mahmud (juga dikenali sebagai Ibrahim Libya) merupakan seorang tokoh agama dan ahli politik yang terbunuh dalam Peristiwa Memali 1985.Ustaz Ibrahim lahir dan tinggal di Kampung Memali, mukim Siong, Baling, Kedah.Beliau merupakan lulusan Universiti al-Azhar, Mesir, dan kemudian belajar lagi di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwah di Bahagian Agama (JAKIM) di Jabatan Perdana Menteri.Beliau kerap berceramah mengenai Islam di saluran RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan beliau menyertai PAS kemudiannya.Ustaz Ibrahim didakwa membawa ajaran sesat, dan pada 19 November 1985, polis datang untuk menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau enggan menyerah diri menyebabkan berlaku pertempuran antara polis dan pengikutnya dan beliau turut terkorban.